Sunday, July 25, 2010

Banci Penduduk Oh Banci.....




kad matrik aku masa g banci..hehehhe


suatu hari hujan yang amat lebat di bandar machang...aku menumpang teduh di masjid machang sampai ke malam...keseorangan sepi....

sekarang musim buah...hehehe...apalagi, banci x jalan, tapi g lepak makan buah kat kebun....makan durian, makan rambutan....yeyeh...
zul: sedap makan..nyum3...nyum3

untuk makluman kengkawan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia merupakan satu pembancian semua tempat kediaman dan penduduk di seluruh negara. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 adalah banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci dijalankan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (Disemak 1969). Akta Banci mewajibkan orang awam menjawab semua soalan banci dan akta ini menjamin bahawa maklumat individu adalah sulit dan tidak akan dihebahkan.

Banci yang lalu telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Pelaksanaan Banci 2010 telah diluluskan oleh kabinet dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 22 April 2009 dengan peruntukan sebanyak RM200.2 juta bagi tahun 2010. Banci kelima ini akan dilaksanakan pada Julai 2010.

Data yang dikumpul semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2010 akan membekalkan satu set maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk. Data dan penemuan penting mengenai stok perumahan, jenis dan corak pemilikan juga diperoleh. Maklumat ini dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain.

p/s: sila bagi kerjasama anda semasa pembanci datang ke rumah anda...harap maklum..terima kasih

TIP UNTUK INTERVIEW....ini maklumat yang saya dapat dari blog UPSIKINI..dan nk kongsikan pada kengkawan semua

Assalamualaikum kepada semua warga SPH... di sini ada beberapa info yg dapat saya kongsikan bersama anda....