Sunday, January 9, 2011

Soalan Latihan tingkatan 1

soalan kemahiran hidup tingkatan1

Tingkatan 3 : Reka Cipta






Maksud Reka Cipta

Penghasilan produk baru (kerativiti) atau pengubahsuaian produk (inovasi) untuk memenuhi kehendak pengguna.

Proses Reka Cipta
1. Pengenalpastian masalah
2. Pemilihan idea
3. Perekaan projek
4. Pemilihan reka bentuk projek
5. Perancangan projek dan pembinaan projek
6. Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek
7. Pendokumentasian

Pengenalpastian masalah

1. Pengenalpastian masalah merupakan langkah asas dalam proses reka cipta.
2. Untuk menyelesaikan masalah, proses-proses berikut perlu dilakukan :
(a) Mengenal pasti masalah
(b) Mengumpul maklumat dan data
(c) Menganalisis maklumat
(d) Menyenarai pelbagai idea penyelesaian masalah


Pemilihan idea

1. Pemilihan idea ialah memilih satu daripada pilihan-pilihan idea yang ada dengan mengambil kira kelebihan dan kelemahan setiap idea, serta dapat menarik minat pengguna.
2. Faktor-faktor penting dalam pemilihan idea :
(i) Keupayaan kendiri
(ii) Pengetahuan dan kemahiran sedia ada
(iii) Bahan dan komponen
(iv) Cara pembuatan
(v) Kepentingan produk
(vi) Mesra alam

Perekaan Projek

1. Perekaan projek ialah proses yang dilakukan untuk membentuk projek yang hendak dihasilkan.
2. Lakaran projek boleh dibuat dalam tiga atau dua dimensi dan ianya menggambarkan bentuk dan saiz projek.


Pemilihan Reka Bentuk

1. Pemilihan reka bentuk perlu berpandukan kepada kriteria reka bentuk yang dilakarkan.
2. Penilaian reka bentuk berpandukan kepada faktor berikut:
(i) Fungsi
(ii) Rupa bentuk
(iii) Kesesuaian bahan
(iv) Kaedah binaan
(v) Ketahanan
(vi) Kos
(vii) Kemasan
(viii) Keselamatan
(ix) Nilai komersial

3. Membuat lukisan kerja berdasarkan lukisan unjuran ortografik
(a) Pelan
(b) Pandangan hadapan
(c) Pandangan sisi

Perancangan Pembinaan Projek

1. Bahan dan kesesuaiannya :

Bahan yang dipilih perlu sesuai dengan ketahanan projek dan ada nilai komersial.
(i) Papan lapis
(v) Perspek
(ii) Kayu
vi) Mounting board
(iii)Kepingan logam
(vii) Pelekat
(iv) PVC
(viii) Medium Density Fibreboard (MDF)

NOTA MICROSOFT POWERPOINT 2007

Learning Microsoft PowerPoint 2007

Sunday, July 25, 2010

Banci Penduduk Oh Banci.....




kad matrik aku masa g banci..hehehhe


suatu hari hujan yang amat lebat di bandar machang...aku menumpang teduh di masjid machang sampai ke malam...keseorangan sepi....

sekarang musim buah...hehehe...apalagi, banci x jalan, tapi g lepak makan buah kat kebun....makan durian, makan rambutan....yeyeh...
zul: sedap makan..nyum3...nyum3

untuk makluman kengkawan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia merupakan satu pembancian semua tempat kediaman dan penduduk di seluruh negara. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 adalah banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci dijalankan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (Disemak 1969). Akta Banci mewajibkan orang awam menjawab semua soalan banci dan akta ini menjamin bahawa maklumat individu adalah sulit dan tidak akan dihebahkan.

Banci yang lalu telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Pelaksanaan Banci 2010 telah diluluskan oleh kabinet dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 22 April 2009 dengan peruntukan sebanyak RM200.2 juta bagi tahun 2010. Banci kelima ini akan dilaksanakan pada Julai 2010.

Data yang dikumpul semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2010 akan membekalkan satu set maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk. Data dan penemuan penting mengenai stok perumahan, jenis dan corak pemilikan juga diperoleh. Maklumat ini dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain.

p/s: sila bagi kerjasama anda semasa pembanci datang ke rumah anda...harap maklum..terima kasih

TIP UNTUK INTERVIEW....ini maklumat yang saya dapat dari blog UPSIKINI..dan nk kongsikan pada kengkawan semua

Assalamualaikum kepada semua warga SPH... di sini ada beberapa info yg dapat saya kongsikan bersama anda....








Thursday, May 20, 2010

Selamat Hari Guru


selamat hari guru diucapkan kepada warga pendidik seluruh negara...kepada kawan-kawan, diharapkan dengan sambutan hari guru kali ini, kita semua sedar akan kepentingan dan tanggungjawab kita kepada anak bangsa....



tidak lupa juga, ku ingin nyatakan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidikku sejak kecil sehinggalah sekarang...tidak lupa juga kepada warga pendidik daripada golongan pensyarah...walaupun 'title' adalah pensyarah, mereka juga adalah guru yang mendidik anak bangsa..

selamat hari guru kepada semua warga pendidik....sekian..Assalamualaikum..