Sunday, January 9, 2011

Tingkatan 3 : Reka Cipta






Maksud Reka Cipta

Penghasilan produk baru (kerativiti) atau pengubahsuaian produk (inovasi) untuk memenuhi kehendak pengguna.

Proses Reka Cipta
1. Pengenalpastian masalah
2. Pemilihan idea
3. Perekaan projek
4. Pemilihan reka bentuk projek
5. Perancangan projek dan pembinaan projek
6. Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek
7. Pendokumentasian

Pengenalpastian masalah

1. Pengenalpastian masalah merupakan langkah asas dalam proses reka cipta.
2. Untuk menyelesaikan masalah, proses-proses berikut perlu dilakukan :
(a) Mengenal pasti masalah
(b) Mengumpul maklumat dan data
(c) Menganalisis maklumat
(d) Menyenarai pelbagai idea penyelesaian masalah


Pemilihan idea

1. Pemilihan idea ialah memilih satu daripada pilihan-pilihan idea yang ada dengan mengambil kira kelebihan dan kelemahan setiap idea, serta dapat menarik minat pengguna.
2. Faktor-faktor penting dalam pemilihan idea :
(i) Keupayaan kendiri
(ii) Pengetahuan dan kemahiran sedia ada
(iii) Bahan dan komponen
(iv) Cara pembuatan
(v) Kepentingan produk
(vi) Mesra alam

Perekaan Projek

1. Perekaan projek ialah proses yang dilakukan untuk membentuk projek yang hendak dihasilkan.
2. Lakaran projek boleh dibuat dalam tiga atau dua dimensi dan ianya menggambarkan bentuk dan saiz projek.


Pemilihan Reka Bentuk

1. Pemilihan reka bentuk perlu berpandukan kepada kriteria reka bentuk yang dilakarkan.
2. Penilaian reka bentuk berpandukan kepada faktor berikut:
(i) Fungsi
(ii) Rupa bentuk
(iii) Kesesuaian bahan
(iv) Kaedah binaan
(v) Ketahanan
(vi) Kos
(vii) Kemasan
(viii) Keselamatan
(ix) Nilai komersial

3. Membuat lukisan kerja berdasarkan lukisan unjuran ortografik
(a) Pelan
(b) Pandangan hadapan
(c) Pandangan sisi

Perancangan Pembinaan Projek

1. Bahan dan kesesuaiannya :

Bahan yang dipilih perlu sesuai dengan ketahanan projek dan ada nilai komersial.
(i) Papan lapis
(v) Perspek
(ii) Kayu
vi) Mounting board
(iii)Kepingan logam
(vii) Pelekat
(iv) PVC
(viii) Medium Density Fibreboard (MDF)

1 comment:

Anonymous said...

thank you